News / 16 August 2019

Usaha pembangunan dan pembinaan usahawan UMK dapat perhatian MED

PUTRAJAYA – Pelbagai program dan usaha Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam menzahirkan kumpulan graduan usahawan mendapat kekaguman Kementerian Pembangunan Usahawan (MED). Bahkan komitmen UMK dalam pembangunan komuniti usahawan yang tidak hanya memfokus kepada para graduannya semata-mata disokong dan digalakkan oleh MED. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha MED Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dipertemuan meraikan kunjungan hormat delegasi UMK yang diketuai Naib Canselor Prof Ts. Dr. Noor Azizi Ismail.

Baca di Kampus Uols