News / 4 July 2018

BFM Membuat Pelaburan Pada Sistem Pengurusan Sumber Manusia – Kakitangan.com

BFM Capital, anak syarikat BFM Media kini dilihat telah membuat pelaburan strategik pada salah satu sistem pengurusan sumber manusia yang popular, iaitu Kakitangan.com.

Kakitangan menawarkan sistem pengurusan sumber manusia secara atas-talian, dan digunakan secara meluas oleh pelbagai syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana. Ia dikatakan sekitar lebih 10,000 syarikat yang menggunakan sistem berkenaan, termasuk untuk membuat permohonan cuti kerja dan sebagainya.

Pelaburan strategik ini turut memberikan kerusi ahli lembaga kepada pihak BFM Capital.

BFM sendiri sedia popular dengan penawaran kandungan memfokuskan perniagaan dan perusahaan. Pelaburan ini secara tidak langsung akan membolehkan mereka memperluaskan portfolio dalam arena sama, sekaligus terus membantu perusahaan kecil dan sederhana.

Buat masa ini, nilai pelaburan tidak diumumkan lagi oleh kedua-dua pihak.

 

by: Aman 

Continue Reading

https://amanz.my/

Amanz Network memfokuskan kepada penghasilan kandungan yang lebih memfokuskan dunia IT, dimana kami membangunkan dan mengeluarkan artikel mengenai perkembangan dunia IT dalam dan luar negara, selain pada masa yang sama mengeluarkan ulasan mengenai peranti dan gajet semasa.

Kami juga pada masa yang sama menghasilkan tutorial dan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya, dalam usaha untuk mendidik para pengguna tempatan dalam mendapatkan dan mengetahui pelbagai info dan tips semasa.