Events / Learn

Teknik Perkhidmatan Pelanggan, Kaunter & Komunikasi Berkesan

Stripe
Array

Teknik Perkhidmatan Pelanggan, Kaunter & Komunikasi Berkesan

18 November 2017 2pm - 4pm
MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre) View map
Admission FREE
This event has passed

Tentang Program

Kursus ini bertujuan melatih semua peserta agar bersedia berhadapan dengan para pelanggan dengan lebih professional. Dengan sentiasa memberi keutamaan kepada pelanggan dan melatih diri agar sentiasa memberikan servis yang terbaik untuk para pelanggan, akan meningkatkan imej organisasi sesebuah syarikat. Pelanggan tidak akan datang semula melainkan mereka mendapat khidmat secara professional, ramah mesra serta berbudi bahasa. Khidmat pelanggan yang berkualiti dan cemerlang akan menentukan tahap pengekalan dan pertambahan pelanggan sesebuah organisasi. Sertai sesi preview TEKNIK PERKHIDMATAN PELANGGAN, KAUNTER & KOMUNIKASI BERKESAN selama dua jam untuk mengetahui serba sedikit tentang topik ini.

Tahap : Permulaan

Tempat : Laos Room, Level 2,  MaGIC Cyberjaya

 

Penceramah

Juita mempunyai kemahiran mendalam dalam Microsoft Office, Skil Menaip, Penampilan Imej, Khidmat Pelanggan, Kepakaran berkomunikasi di telefon dan kemahiran komunikasi.  Juita sangat mementingkan kemahiran berkomunikasi di tempat kerja dan mempunya lebih dari 15 tahun pengalaman dalam bidang ini.

Aturcara

1:30PM – 1:55PM : Registration
2:00PM – 3.45PM : Teknik Perkhidmatan Pelanggan, Kaunter & Komunikasi Berkesan
3:50PM – 4:00PM : Q&A, End

MaGIC educ8 Preview Session

Sesi MaGIC educ8 Preview merupakan bengkel 2 jam yang meringkas kan kandungan bengkel dan memberikan peserta intipati yang sebenar tentang bengkel/jurusan tersebut. Objektif sesi ini adalah untuk menilai kesemua vendor latihan untuk tujuan kerjasama dalam program ini. Peserta memainkan peranan yang penting dalam menilai keberkesanan sesi latihan tersebut bagi memastikan vendor latihan yang dipilih mempunyai kualiti dalam menyampaikan maklumat secara konsisten.

Global Entrepreneurship Community Summit 2017

GECommunity Summit 2017

12 – 13 December 2017
Kuala Lumpur Convention Center, Malaysia

Register now