Events / Learn

Hari Terbuka Pemangkin Usahawan Sosial Hebat (PUSH)

Stripe
Conference

Hari Terbuka Pemangkin Usahawan Sosial Hebat (PUSH)

22 November 2018 1:00pm - 5:00pm
MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre) View map
Admission FREE
Register

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) dan Youth Trust Foundation (myHarapan) memperkenalkan program ‘Pemangkin Usahawan Sosial Hebat’ (PUSH) untuk mewujudkan peluang keusahawanan mikro bagi meningkatkan keberkesanan perniagaan menyeluruh (Inclusive Business) dan impak sosial positif di seluruh Malaysia.

Melalui perniagaan yang diusahakan oleh ’Impact Driven Enterprise’ (IDE) yang terpilih, ia menawarkan kerjaya yang bermakna dan peluang untuk meningkatkan pendapatan kepada golongan B40 melalui program perantisan.

Matlamat Hari Terbuka

  • Menjana dan meningkatkan pendedahan dan pemahaman mengenai PUSH kepada orang ramai
  • Memberi penjelasan mendalam kepada para peserta, pihak berkepentingan dan menetapkan hala tuju PUSH
  • Mewujudkan jaringan hubungan antara semua pihak yang terlibat : IDE, NGO, rakan kongsi dan pihak berkepentingan
  • Membina hubungan dengan wakil-wakil B40 dan NGO yang bekerja dengan masyarakat B40
  • Mengenalpasti rakan usaha samadan rakan kongsi bagi menambah pembiayaan serta pembangunan modal insan untuk PUSH maju ke hadapan

Peluang Terbuka Kepada Perantis – Golongan B40

  1. Peluang Pekerjaan
  2. Mengembangkan Kemahiran
  3. Memiliki Perniagaan Sendiri

Peluang Kepada ‘Impact Driven Enterprise’ – Usahawan

  1. Mengembangkan Perniagaan
  2. Akses Permodalan
  3. Meningkatkan Impak Sosial Positif
  4. Meluaskan Pasaran

Antara Aktiviti atau Program Sepanjang Hari Tebuka

  • Peluang Mendapatkan Dana
  • Sesi Pengenalan PUSH
  • Sesi Perkongsian Dari Usahawan Hebat PUSH
  • Sesi ‘Pitch Your Business’ – Kepada para usahawan dan juga usahawan sosial, PUSH memboleh kan anda untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih maju. Sertai kami di sesi “Pitch Your Business” di mana anda berpeluang untuk menceritakan tentang perniagaan anda dan mungkin berpeluang untuk menyertai PUSH. Mari bersama-sama kunjungi PUSH OPEN DAY untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program ini.
  • Pameran Usahawan Sosial Dan Rakan Kongsi
  • Aktivit Inspirasi Keusahawanan
  • Sesi Temu Bual Untuk IDE dan Perantis – Berminat serta inginkan peluang bekerja bersama ushawan-usahawan sosial? Kunjungilah PUSH Open Day untuk mengenali mereka serta merebut peluang pekerjaan yang menanti anda.

Agenda

Masa Aktiviti
1:00PM – 2:00PM Pendaftaran
2:00PM – 2:10PM Kata-kata aluan dari tetamu kehormat
2:10PM – 2:30PM Sesi Pengenalan PUSH
2:30PM – 3:00PM Sesi perkongsian dari usahawan hebat PUSH
3:00PM – 5:00PM Aktiviti-aktiviti:

  • Sesi “Pitch Your Business”
  • Sesi temu bual untuk IDE dan Perantis
  • Aktiviti Inspirasi Keusahawanan
1:00PM – 5:00PM Pameran Usahawan Sosial & Rakan Kongsi