Events / Learn

DIY – Video Pemasaran Perniagaan

Stripe
Array

DIY – Video Pemasaran Perniagaan

18 November 2017 10am - 12pm
MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre) View map
Admission FREE
This event has passed

Tentang Program

Hanya menggunakan telefon pintar,anda mampu menghasilkan video secara profesional. Melalui bengkel ini, peserta didedahkan pelbagai kategori video bagi tujuan pemasaran produk/perkhidmatan bermula dari penjanaan idea hingga suntingan video secara profesional, disampaikan oleh pemain industri perfileman dan penerbitan program TV tempatan yang diiktiraf. Tanpa kos yang tinggi dan bajet boleh kawal, seorang usahawan mampu memasarkan produk/perkhidmatan mereka melalui video yang mula menjadi tren. Sertai sesi preview DIY – Video Pemasaran Perniagaan selama dua jam ini untuk mengetahui serba sedikit tentang topik ini.

Tahap : Permulaan

Tempat : Laos Room, Level 2,  MaGIC Cyberjaya

 

Penceramah

Mohd Haikal b. Mohd Fadzil adalah graduan multimedia daripada UKM. Beliau pernah berkhidmat selama lapan tahun sebagai editor di Suhan Movies & Trading Sdn Bhd (Datuk Rosyam Nor) dan dianugerahkan Suntingan Program TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2016.

Aturcara

9:30AM – 9:55AM : Registration
10:00AM – 11.45AM : DIY – Video Pemasaran Perniagaan
11:50AM – 12:00PM : Q&A, End

MaGIC educ8 Preview Session

Sesi MaGIC educ8 Preview merupakan bengkel 2 jam yang meringkas kan kandungan bengkel dan memberikan peserta intipati yang sebenar tentang bengkel/jurusan tersebut. Objektif sesi ini adalah untuk menilai kesemua vendor latihan untuk tujuan kerjasama dalam program ini. Peserta memainkan peranan yang penting dalam menilai keberkesanan sesi latihan tersebut bagi memastikan vendor latihan yang dipilih mempunyai kualiti dalam menyampaikan maklumat secara konsisten.

Global Entrepreneurship Community Summit 2017

GECommunity Summit 2017

12 – 13 December 2017
Kuala Lumpur Convention Center, Malaysia

Register now